Thursday, 12 November 2015

SBLM1023 - PENGANTAR PENULISAN

PERSONALITI DIRI

Kelahiran seorang insan ke muka bumi sudah tentu mengembirakan ramai orang lebih-lebih lagi kepada seorang ibu yang melahirkannya dengan penantian selama 9 bulan 10 hari diikuti dengan pelbagai cabaran untuk menjaga kandungannya agar ia selamat sehinggah hari yang dinantikan. Assalamualaikum dan salam sejahtera, nama diberi Adfal safie Bin Amsir berasal dari negeri Sabah, lahir ke muka bumu pada 19 Mei 1994 di sebuah hospital iaitu Hospital Pekan Telupid, kini sudah pun berusia 21 tahun dan sedang menyambung pelajaran di Kolej Teknologi Alpha yang berkerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (kepujian).

            Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana diberi peluang pada hari ini untuk melihat ciptaan serta nikmat yang diberikan kepada saya dan tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya kerana tanpa mereka siapalah diri ini. Saya mempunyai tujuh orang adik beradik, dua orang kakak, seorang abang dan tiga orang adik dan saya merupakan anak yang keempat daripada tujuh orang. Kini semuanya sudahpun menjejak ke usia remaja kecuali seorang adik saya yang baru berusia sembilan tahun dan masih berada di peringkat sekolah rendah.

            Pertama sekali saya ingin berkonsikan tentang minat saya dalam sukan, dalam bidang sukan yang amat saya gemari adalah bermain bola sepak, sepak takraw dan badminton. Sukan seperti ini memerlikan ketangkasan pada diri seseorang dan juga harus mempunyai kemahiran yang kreatif semasa bermain dan satu lagi perkara yang amat penting semangat untuk bersukan. Jika terdapat suatu anjuran yang diadakan memberikan satu getaran didada dan semangat saya untuk menyertainya. Sehingga kini sukn yang sering saya sertai adalah sukan kejuaraan Futsal yang dianjurkan oleh pihak Kolej pada setiap semester dan ini memberikan saya banyak pengalaman yang bermanfaat kepada diri ini.

            Kedua adalah mengenai cita-cita saya yang sering terbayang dan menjadi semangat yang membakar jiwa ini utntuk terus berusaha agar cita-cita itu dapat dikecapi dan terus berada dalam genggaman diri ini iaitu menjadi seorang anggota Polis. Namun cita-cita itu tidak kesampaian disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah mata saya mempunyai masalah untuk melihat objek yang jauh dan tidak mengenalpasti benda yang jauh. Selain itu, saya juaga mempunyai fizikal badan yang kecil dan rendah, alangkah indahnya jika cita-cita itu dapat dikecapi kata orang tetapi apa akan daya nasib sudah begini. Untuk menjadi seorang anggota polis haruslah menepati beberapa cirri-ciri, kriteria dan juga syarat tertentu yang telah ditetapkan.

Ketiga, mengenai pengalaman saya sehingga ke hari ini. Terdapat banyak pengalaman yang pernah saya lalui dan hanya sedikit sahaja yang ingin saya kongsikan iaitu dalam bidang akademik, pengalaman ini ketika saya berusia 7 tahun. Pada ketika itu saya telah mendapat mendapat markah markah subjek Matematik 100% dan merupakan pelajar yang mendapat markah yang tertinggi dan ia adalah satu kenangan yang begitu indah pada diri ini. Tepat pada pukul 12.30 tengahari lonceng telah berbunyi menunjukkan waktu persekolahan telah tamat dan sebuah kereta sudahpun menunggu saya dan rakan-rakan yang lain untuk dihantar pulang ke rumah. Pada ketika itu muncul satu perasaan yang membuatkan saya tidak sabar berjumpa dengan ibu saya dan memberitahu kepada ibu saya mengenai perkara yang berlaku pada hari tersebut kerana saya begitu rasa gembira.

Keempat pula yang saya ingin kongsikan dan ini juga merupakan perkongsiaan saya yang terkhir iaitu suatu hajat yang tidak tercapai. Selepas menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) saya berhasrat untuk menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama kerana saya tertarik sekolah tersebut dan juga sekolah itu sudah pasti banyak mengajar kita tentang agama, penulisan arab dan juga bagaimana untuk berkomunikasi menggunkan bahasa Arab. Pada ketika itu juga saya hanya mendapat keputusan cukup-cukup makan tetapi tidak seteruk mana pun. Menurut apa yang saya ketahui, kelayakan umtuk memohon ke sekolah tersebut sekurang-kurangnnya mempunyai 2A dalam UPSR. Tetapi apabila saya sudah berada di tingkatan 4 saya telah berbual dengan seorang pelajar yang merupakan bekas pelajar SMK Agama dan bertanyakan tentang kelayakan untuk membuat pemohonan ke sekolah tersebut membuatkan saya berasa kecewa sedikit kerana apa yang pernah saya ketahui tidak sama seperti apa yang telah diberitahu kepada saya oleh pelajar tersebut. Bak kata orang tua, kita haruslah mencuba dahulu kerana rezeki itu Allah yang tentukan, kita hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukan.


Setakat itu sahaja yang saya kongsikan kepada anda mengenai diri yang serba kekurangan ini. Kekurangan dalam perkongsian ini saya memohon kemaafan dan di masa akan datang akan saya kongsikan lagi sebanyak sedikit tentang diri saya kepada anda.   

No comments:

Post a Comment