Thursday, 12 November 2015

SBLM1023 - PENGANTAR PENULISAN

KESIHATAN - GANGGUAN MENTAL

Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.
Antara faktor tersebut ialah, factor genetik atau keturunan ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan. Kerana kebanyakkan penyakit akan diwarisi oleh keturunan sesebuah keluarga.
Selain itu, gangguan bahan kimia dalam otak. bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan muncul. Seperti, Schizophrenia( Penghasilan dopamin secara berlebihan), Kemurungan (Paras serotonin terlalu rendah), Mania (Paras serotonin meningkat secara melampau) dan Kebimbangan (terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin).
Jangkitan virus merupakan penyebab masalah ini berlaku, mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental. Sebagai contoh, keadaan yang dikenali sebagai pediatrik gangguan neuropsychiatric autoimun (PANDA) yang berkaitan dengan bakteria Streptococcus telah dikaitkan dengan pembangunan gangguan obsesif-kompulsif dan penyakit mental pada kanak-kanak lain.
Seterusnya, sejarah hidup yang getir, mendapat tekanan hidup akibat daripada sejarah gelap seseorang, keadaan tersebut member kesan buruk sekiranya tidak dapat dikawal. Sebagai contoh, mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibu bapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar
Seterusnya, keeadaan sosio-ekonomi yang rendah.Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.
Kesimpulannya, pesakit yang mengalami sakit mental masih dapat diselamatkan dengan mendapatkan rawatan draripada doktor. Mereka yang ingin mengetahui status masalah kesihatan mental mereka boleh mengambil satu ujian yang mudah dan ringkas iaitu Kaji selidik Kesihatan General Health Questionnaire (GHQ).

No comments:

Post a Comment